Sunday, April 4, 2010

Penghuni baru di Teratak Kasih...

Assalamualaikum semua... Hari ni baru aku berkesempatan nak memperkenalkan buah hati baru aku....inilah dia mesin jahit Brother NV30 yang aku dok sibuk2 tu... Actually dah seminggu mesin ni masuk kat rumah aku tapi x berpeluang nak bermesra dengannya lagi. Baru Sabtu lepas aku dapat explore mesin ni...setakat ni mmg puas hati..senang nak guna dan byk la jgk function...(belum semua aku try buat).

Setelah lama teringin nak punya mesin jahit sendiri, dan setelah berbulan2 fikir nak beli yang mana, akhirnya mesin ni juga yang jadi milik aku. Mesin ni aku beli kat kedai J.P Doshi..RM1299 dia bagi diskaun sikit jadi dapat la aku beli dgn harga RM1190. Bagus betul service kedai ni..penghantaran free sampai ke rumah, dah tu dia punya salesman tu siap ajar aku A-Z pasal mesin ni...hehehehe aku yang x berapa tahu pasal mesin ni..bersyukur la sangat2.

Yang paling aku suka tang mesin ni..senang nak guna. Just tekan satu button then dia terus jahit sendiri..kita just control kain tu jer...bunyi nya pn senyap..so boleh la aku menjahit kat sebelah buaian Adam. Kadang2 tu time Adam meragam, sempat lagi aku menjahit sambil susukan Adam..hehehe guna sebelah tangan jer..senang kan..:)

Yang istimewanya juga, mesin ni ada 70 patern yang berbeza, boleh buat sulam yang simple2 tu dan boleh juga buat kelim tepi tapi x la sehebat mesin jahit tepi tu.

Aku akan make sure mesin ni akan aku gunakan sebaik mungkin. Minta2 jangan la sampai husband aku perli mesin jahit x guna pun..nak beli beriya-iya...:)

So, nantikan hasil jahitan ku menggunakan mesin NV30 ni...sekian.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...